Joglo 66 Topic Damailah Dengan Bahasa Melayu Malaysia Translate
Bendera-bendera Malaysia
Bendera Malaysia (1963 - kini).
Bendera Malaysia jenis pemidang (banner)
Bendera Yang di-Pertuan Agong.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu (1950 - 1963).
Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896 - 1946) dan Malayan Union (1946 - 1948).
Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran.
Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19.
Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
1.2 Definisi Ligua Franca
Lingua franca (dari bahasa Itali, bererti bahasa Frank) atau bahasa perantara merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak.
Lingua franca ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau struktur bahasa itu:[walaupun ada bahasa campuran (pijin dan kreol) yang berperanan sebagai lingua franca, namun kebanyakan lingua franca bukan bahasa campuran. Istilah lingua franca juga memaksudkan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu, seperti bahasa Inggeris untuk kajian sains.
Lingua franca bersinonim dengan bahasa penghubung (vehicular language). Padahal bahasa vernakular merupakan bahasa asli dalam lingkungan sebuah komuniti penuturnya, bahasa vehicular pula menjangkaui batas komuniti asalnya, lalu dijadikan bahasa kedua untuk kegunaan perhubungan antara komuniti. Contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di England, tetapi di Filipina pula dijadikan bahasa penghubung (iaitu lingua franca).
Bahasa perantaraan antarabangsa seperti bahasa Esperanto direka dengan tujuan berperanan sebagai linguas franca, tetapi sayangnya penerimaannya tidak memberangsangkan (contohnya, bahasa Esperanto dianggarkan cuma ada 100,000 hingga 2 juta penutur fasih di seluruh dunia).
1.3 Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu
Dari aspek sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia atau dikenali juga sebagai bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi pelbagai dialek yang unik dan tersendiri. Pada hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara.
Atas faktor tertentu, bahasa Melayu dikenali juga sebagai bahasa Malaysia. Bahasa Melayu merupakan antara sepuluh bahasa di dunia yang mempunyai penutur yang paling ramai.
Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai nilai komersial, unik dan kaya kosa kata. Terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menjadi penyebab bahasa Melayu dipandang sinis dalam kancah keilmiahan dan ketamadunan jati diri bangsa.
Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan, dituturkan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai bahasa perhubungan utama, bahasa diplomatik, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan sebagainya. Namun begitu, sesetengah pihak menganggap bahasa Melayu tidak mantap dan belum boleh dibanggakan kerana status pencapaian yang merudum jika dibandingkan dengan pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu terdahulu. Yang menyedihkan, terdapat segelintir rakyat dan pemimpin seolah-olah meminggirkan peranan bahasa kita.
Lirik lagu untuk Jalur Gemilang
Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.
Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".
Benderaku yang gagah perkasa Merah putih kuning biru warnanya Berkibar megah penuh bercahaya Pusaka kita rakyat Malaysia Bendera Malaysia oh bendera ku Ku pertahankan sepenuh raga ku Dikaulah lambang negara berpadu Di bawah naungan Duli Tuanku Berkibar terus oh bendera ku Kau kan ku junjung sepanjang waktu Harumlah nama negara yang tercinta Padamu tempat taat dan setia Bendera Malaysia bendera kita Kemegahan rakyat kita semua Berkibar berkibar di ruang angkasa Dirgahayu bendera tercinta.
Ciptaan dan senikata: Tony Fonseka
Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama yang bermula melancarkan dirasmikan pada tarikh 9 Ogos 2003.
Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa Merdeka Semangat jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmu Jalur Gemilang kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasa Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan Merah, putih, biru, kuning Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah Jalur Gemilang
Ciptaan dan seni kata: Pak Ngah & Siso Kopratasa
Versi sepanduk (pemidang)
Selama ini, terdapat berbagai-bagai cara Bendera Malaysia digantung secara menegak, sama ada dengan pengubahsuaian terhadap bendera, mahupun dengan menggantung bendera pada kepalanya dengan ekor bendera berada di bawah. Memandangkan bahawa Bendera Malaysia mempunyai maksud yang dalam dan berkait rapat dengan institusi diraja serta agama Islam,[1] sesetengah cara bendera tersebut digantung adalah kurang sesuai dari segi implikasinya. Oleh yang demikian, pada tahun 1990 kerajaan Malaysia telah menetapkan satu reka bentuk piawai bagi bendera versi banner atau pemidang. Reka bentuk tersebut telah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Bil.1 Tahun 1990,[11] dan adalah seperti berikut:
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika sebuah mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Mahathir pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Maksud terperinci nama Jalur Gemilang adalah seperti yang berikut:
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baharu.
Bagi tujuan itu, satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baharu pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan telah ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan mendapat 373 penyertaan dari karyawan seluruh negara. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.[8]
Cadangan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pertama.
Cadangan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) kedua.
Cadangan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ketiga.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut.[9] Keputusan akhir pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail[10] telah disiarkan pada 29 November 1949 di mana ia menunjukkan majoriti pengundi telah memilih rekaan bendera ketiga ciptaan Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan dari Johor.
Reka bentuk ini menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri di dalam pepenjuru berwarna merah. Reka bentuk ini adalah kacukan antara bendera Johor iaitu negeri asal Mohamed dan bendera Kerajaan Majapahit.[6] Walau bagaimanapun, rekaan ini perlu diubah suai beberapa kali terdahulu.
Salah seorang ahli jawatankuasa tersebut, Dato' Onn bin Jaafar telah ke Johor untuk bertemu dengan Mohamed bagi membincangkan pengubahsuaian tersebut. Pertama ialah bintang pecah lima pada kanton bendera, yang mana Dato' Onn telah mencadangkan agar diubah kepada bintang pecah sebelas. Hal ini memandangkan Tanah Melayu sedang aktif menentang pengganas komunis di serata negara, dan bintang pecah lima adalah mirip simbol yang digunakan pihak komunis pada ketika itu. Kedua, perubahan terhadap warna jalur dan warna kanton telah dicadangkan, agar ditukar antara kedua-duanya, maka kantonnya berwarna biru dan jalurnya berwarna merah dan putih. Perubahan ketiga adalah hasil titah cadangan Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah pada ketika itu. Baginda mencadangkan agar warna putih bulan dan bintang itu diubah kepada warna kuning iaitu warna diraja.
Setelah Mohamed bersetuju dengan pengubahsuaian tersebut dan mengemukakan reka bentuk terpinda, reka bentuk tersebut telah diteliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
Reka bentuk bendera terubah suai itu juga mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan bahawa reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan pecahan bintang. Tiga jalur dan pecahan tambahan (14 kesemuanya) bagi menunjukkan 3 buah negeri baharu dalam Persekutuan Malaysia.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 tersebut melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)
"Jalur Gemilang" dilencongkan di sini.
Bendera Malaysia; (Jawi: بنديرا مليسيا) atau nama rasminya Jalur Gemilang (Jawi: جالور ݢميلڠ),[1] mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.
Bahagian segi empat (atau kanton) yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia; kanton tersebut mengandungi anak bulan yang melambangkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan (seperti yang telah tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia).[2] Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-raja Melayu.
Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.[3]
Asia yang paling digeruni (1970–1980)
Pada tahun 1971, James Wong dari Sabah adalah pemain pertama dari Malaysia Timur mewakili negara.[25][26] Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Walaupun mereka berjaya mengalahkan Amerika Syarikat 3–0, mereka tewas dalam 2 perlawanan lain dengan keputusan 0–3 kepada Jerman Barat dan 0–6 kepada Maghribi, menduduki tempat ke-10 dalam kedudukan akhir. Dari 1972, Mokhtar Dahari dianggap sebagai pemain bola sepak lagenda untuk pasukan Malaysia kerana beliau menempah tempat sebagai salah seorang pemain terbaik di Asia.[27] Dia berjaya menjaringkan 177 gol, di mana 177 gol untuk Selangor FA dan kerjaya antarabangsanya, Mokhtar menjaringkan sejumlah 125 gol dalam 167 penampilan untuk Malaysia (termasuk perlawanan menentang pasukan kelab, pasukan 'B' kebangsaan dan pasukan pilihan).[28] Menentang pasukan 'A' kebangsaan negara lain, dia menjaringkan 89 gol dalam 142 penampilan.[29][30] Ini menjadikan beliau pernah menjadi penjaring terbanyak dunia untuk pasukan kebangsaan lelaki.[32][33]
Menurut RSSSF dan IFFHS, Soh ialah pemain dengan penampilan antarabangsa terbanyak dalam bola sepak lelaki dan menjadi pemain bola sepak lelaki pertama yang mencapai 200 penampilan antarabangsa.[34][35] Dua tahun kemudian, Malaysia memenangi pingat gangsa kedua mereka di Sukan Asia 1974 selepas mengalahkan Korea Utara 2–1. Pasukan itu kemudiannya layak dua kali berturut-turut ke Piala Asia, pada 1976 dan 1980. Ia hanya pada 1977; apabila FAM menghantar pencari bakat ke Timur.[36][37] Senarai itu diteruskan oleh mendiang James Yaakub dari Sarawak pada 1977. Pasukan itu juga memenangi kejohanan Pestabola Merdeka sebanyak empat kali, menjadi naib juara tiga kali dan mendapat tempat ketiga dua kali pada 1970-an. Malaysia layak sekali lagi ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, tetapi menyertai boikot yang diketuai oleh Amerika Syarikat ketika kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membantah pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan.[38][39][40]
Persembahan yang merosot dan kemarau (1990–2009)
Pada tahun 1994, bola sepak Malaysia telah terlibat dalam salah satu skandal rasuah terbesar di negara ini.[41][42] Dengan kekurangan minat arus perdana dan kekurangan dana, bola sepak Malaysia gagal mengulangi pencapaian 1970-an dan 1980-an, walaupun setelah Claude LeRoy mengambil alih. Allan Harris dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pada tahun 2001. Harris datang dengan kelayakan yang kukuh, setelah membantu Terry Venables di FC Barcelona. Pada separuh kedua 2004, FAM melantik Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol Hungary dan jurulatih kebangsaan, untuk menggantikan Allan Harris. Bicskei mengetuai pasukan kebangsaan untuk meraih tempat ketiga pada kejohanan Piala Tiger, tetapi telah diturunkan ke tugas pembangunan remaja oleh FAM kerana tindakannya semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005. Bicskei, yang meluat dengan standard perasmian, membaling botol ke atas padang sebelum berdepan dengan pemain Singapura. Pada September 2005, kontraknya telah ditamatkan selepas persetujuan bersama.[43]
Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih seterusnya pasukan Malaysia. Beliau membimbing skuad Malaysia ke separuh akhir Kejohanan AFF pada 2007, di mana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti kepada Singapura. Kedudukan Norizan sebagai ketua jurulatih telah dikritik oleh komuniti bola sepak Malaysia, peminat dan pegawai, selepas persembahan pasukan semasa Piala Asia 2007, di mana Malaysia tewas kepada China 1–5, Uzbekistan 0–5 dan Iran 0–2. Selepas penyingkiran Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih jawatan ketua jurulatih. Walaupun dia membimbing skuad itu memenangi Pestabola Merdeka 2007, Malaysia sekali lagi gagal melayakkan diri ke Piala Dunia selepas tewas 1–4 dan seri 0–0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada Mac 2008, Sathianathan sekali lagi mara ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka. Bagaimanapun, Malaysia tewas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam. Sathianathan juga membawa Malaysia ke separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal Myanmar 2008. Bagaimanapun, Malaysia kemudiannya dengan mengejut tewas 1–4 kepada pemenang akhirnya, Myanmar.[44]
Semasa Kejohanan AFF 2008, Malaysia memulakan kempen mereka dengan kemenangan 3–0 ke atas Laos, tetapi dikalahkan dalam perlawanan kedua oleh Vietnam dengan jaringan 2–3 dan akhirnya tersingkir apabila tewas 0–3 kepada Thailand pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Ini adalah kali pertama skuad Malaysia tidak melepasi peringkat kumpulan dalam tempoh 12 tahun. Terdapat juga laporan bahawa mengatur perlawanan dan rasuah yang menyusup masuk ke dalam bola sepak Malaysia pada 1994 telah kembali.[45] Pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia tewas 0–5 kepada Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan ini adalah yang terakhir di hadapan penyokong Malaysia, dan pada Februari 2009, kontrak Sathianathan dan pengurus pasukan Soh Chin Aun telah ditamatkan.[46]
Kejayaan menjuarai Kejohanan AFF (2010)
Pada April 2009, K. Rajagopal dinamakan jurulatih baharu Malaysia menggantikan B. Sathianathan dan mengambil alih jawatan itu pada Julai 2009, yang mana beliau turut menjaga skuad bawah 23 tahun Malaysia.[48] Perlawanan pertama Rajagopal adalah menentang Zimbabwe, yang mana Malaysia menang 4–0.[49] Rajagopal juga melatih Malaysia dalam dua perlawanan menentang juara liga Inggeris, Manchester United, tewas kedua-dua perlawanan 2–3 dan 0–2. Semasa menjadi jurulatih pasukan bawah 23 tahun, Rajagopal membawa Malaysia meraih pingat emas Sukan Asia Tenggara kelima mereka dan juga membawa Malaysia layak ke pusingan kedua Sukan Asia 2010 sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga selepas 32 tahun berlalu.[50][51]
Semasa Kejohanan AFF 2010, seramai 14 pemain Malaysia berumur di bawah 23 tahun. Diletakkan dalam kumpulan A dan tewas dalam perlawanan pertama kepada tuan rumah Indonesia 1–5, Malaysia bangkit daripada kekalahan untuk seri dengan Thailand dan menewaskan Laos 5–1. Sebagai naib juara kumpulan, Malaysia layak ke separuh akhir untuk bertemu pemenang Kumpulan B dan juara bertahan Vietnam. Pada perlawanan pertama separuh akhir, Malaysia menang 2–0 di laman sendiri dan kemudian seri 0–0 pada perlawanan kedua, mara ke perlawanan akhir dengan agregat 2–0.[52] Peluang membalas dendam terbuka di perlawanan akhir apabila Malaysia sekali lagi bertemu Indonesia, yang tidak tewas dalam semua perlawanan sebelumnya.
Pada perlawanan akhir pertama di tempat sendiri, Malaysia menang 3–0. Malaysia menjaringkan dua gol menerusi Safee Sali dan satu gol lagi menerusi Mohd Ashaari Shamsuddin pada malam ketika Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi lebih kapasiti buat kali pertama sejak ia dibina. Perlawanan itu menarik perhatian ramai orang sehingga tiket habis dijual, menyebabkan orang ramai terpaksa menceroboh jambatan kabel di atas paparan elektronik selain berdiri di lorong dan koridor untuk melihat perlawanan. Pada perlawanan akhir kedua yang diadakan di Jakarta, Malaysia tewas 1–2 kepada Indonesia tetapi keputusan agregat adalah 4–2 memihak kepada Malaysia, justeru Malaysia telah dianugerahkan gelaran. Ia adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia dinobatkan sebagai juara Kejohanan AFF dan trofi di peringkat antarabangsa.[53]
Tahun-tahun awal (1963–1969)
Sebelum terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura diwakili oleh pasukan kebangsaan masing-masing. Pasukan bola sepak Tanah Melayu dan Singapura sering bertanding di beberapa kejohanan besar pada era itu seperti Pestabola Merdeka. Pasukan bola sepak Borneo Utara dan Sarawak pula bertanding di Piala Borneo iaitu kejohanan yang melibatkan tiga negara iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Pencapaian terbaik Tanah Melayu ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1 diketuai oleh Abdul Ghani Minhat, yang ketika itu menjadi pemain Asia pertama mencapai 50 gol untuk pasukan kebangsaan lelaki.[21] Ghani juga menjaringkan 11 gol untuk Tanah Melayu dalam kemenangan 15–1 menentang Filipina. Kemenangan 15–1 ialah rekod kemenangan tertinggi bagi Tanah Melayu dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini walaupun selepas Malaysia terbentuk, dimana kemenangan tertinggi yang dicatat adalah 11 gol berbalas 1 pada pasukan sama, dan menjadikan rekod kemenangan tertinggi untuk pasukan Malaysia.
Permulaan perlawanan pasukan bola sepak Malaysia berlangsung di Stadium Merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan kekuatan Singapura dan Tanah Melayu (walaupun persekutuan hanya wujud selepas 16 September 1963). Dengan gabungan pasukan Tanah Melayu dan Singapura, pasukan itu memulakan perlawanan mereka dengan menentang pasukan Jepun, dengan kekalahan 3–4.[22] Pasukan itu terus menggunakan gabungan pemain dari Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu sehingga pembentukan Malaysia, di mana Persatuan Bola Sepak Tanah Melayu digantikan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Gabungan pemain dengan Singapura berakhir apabila kedua-duanya berpisah dari Malaysia bersama-sama dengan penubuhan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan penggabungan semula mereka dengan FIFA pada tahun 1965.[23] Sejak itu skuad itu hanya diwakili oleh pemain Malaysia Barat, terutamanya disebabkan kesukaran ketika itu untuk pergi ke Malaysia Timur dan pemain tidak begitu terkenal dengan arus perdana bola sepak Malaysia Barat. Dari 1966 hingga 1970, Chow Chee Keong telah diundi oleh Konfederasi Bola Sepak Asia sebagai penjaga gol terbaik Asia selama 5 tahun berturut-turut.[24]
Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris
Bendera rekaan ketiga terubahsuai ini telah terinspirasi penuh daripada bendera rasmi Syarikat Hindia Timur Inggeris, ini boleh dibuktikan dengan sebahagian besar elemen utamanya yang disusun pada lunas yang sama khususnya pada jalur merah putih dan kotak berwarna biru disisi sebelah kiri atas bendera [12][13].
Apabila bendera rekaan baru itu telah diteliti pada setiap bahagian kemasan reka bentuknya, setiap satunya membawa definisi yang signifikan seperti berikut:[14]
Jejalur merah putih diperkirakan telah diadaptasi dari bendera Majapahit iaitu Sang Saka Getih-Getah Samudra atau Sang Saka Gula Kelapa.[6] Terdapat rekod sejarah yang menunjukkan kerajaan besar Majapahit pernah mendiami sebahagian besar kepulauan Nusantara sejak ia didirikan pada tahun 1293 Masihi.[5]